9 bulan di dalam kandungan
Dibawa sahaja ke mana-mana
Akhirnya,lahirlah seorang puteri
Raudah Eryani nama diberi
Aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang,
Bagai menatang minyak yang penuh
Adakalanya aku dimanjakan
Tetapi, aku tetap perlu diasuh
Aku sering dimarahi kerana kenakalanku
Tetapi ini semua adalah untuk kebaikan diriku
Aku sering meninggikan suara
Sehingga kau seringkali kecewa
Semakinku meningkat dewasa
Aku lalai dalam hidupku
Pabila aku mula sedar
Waktu sudah lama meninggalkanku
Ibu,
Aku ingin mengambil kesempatan
Untuk mengucapkan terima kasih kepadamu
Aku berjanji, pada suatu hari
Akanku balas jasamu itu
Sentuhan kasih sayangmu
Bagaikan keharuman seribu bunga
Bagaikan campuran seribu warna
Setitik airmata yang menitis dari matamu
Ibarat 1000 dosa yang telah kulakukan
Syurga terletak di bawah telapak kakimu
Aku dambakan keredhaanmu
Akanku belajar demi mencapai impianku
Tidakku lupa untuk mengejar tempatku di Alam Baqa
Kepercayaan yang engkau berikan
Tidak akan kuhampakan
Aku berjanji, akan kucuba tepati
Kini berakhirlah puisiku ini
Inginku susun sepuluh jari
Untuk memohon maaf darimu
Salam ikhlas daripada puterimu
Siti Raudah Eryani Bte Tupani 2E5 '04
Jumaat, 15 Oktober 2004
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan