Ahad, 16 Oktober 2005

Aku Dalam Kesepian

Persahabatan,
Bermula dengan detik-detik manis
Membuat kita lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan

Namun,
Tiada makna bagiku,
Hidupku tidak pernah di samping sesiapa

Manusia dicipta dengan kelemahannya sendiri,
Kelemahan yang menyulitkan perjuangan hidup
Aku juga dilahirkan penuh kecacatan,
Bukan kecacatan jasmani,
Tetapi,
Kecacatan rohani

Aku seorang insan yang busuk hati
Hatiku penuh hasad dengki,
Aku seperti buta hati

Riangku,
Apabila melihat orang bersengketa,
Kesenangan orang bahan batu apiku,
Dan layuku,
Apabila melihat mereka berdamai semula

Makin lama makin kusedar,
Kelemahan diriku, kebusukan hatiku
Duniaku keseorangan,
Kesepian,
Tiada sesiapa mahu menjadi temanku

Aku benci akan hidupku.
Kegelapan menyeliputiku
Dengan tangisanku,
Kukira dapat menenangkan diriku
Hatiku tidak tenteram,
Aku masih keseorangan,
Tanpa teman…

Muhammad Hakim Bin Ibrahim 4A1 '05

Tiada ulasan: