Ahad, 16 Oktober 2005

Warna Sifatku

Langkah demi langkah

Kuberjalan tanpa henti

Kuteruskan hidupku

Dengan warna-warna emosiku


Aku kehijau-hijauan

Apabila hidupku diteruskan

Aku kebiru-biruan

Apabila air mata jatuh berlinangan

Aku kemerah-merahan

Apabila asap berkumpul di telingaku

Aku kekuning-kuningan

Apabila disinari kegembiraan

Aku keputih-putihan

Apabila aku kekosongan

Aku kehitam-hitaman

Apabila diriku hanya setakat di situ sahaja


Berderetlah wahai emosiku

Akan kusentuhi satu demi satu

Agar aku dapat melaluinya

Dengan penuh harapan dan dugaan

Yang menimpa diriku wahai manusia.


Hamizah Bte Mohd Noor 3A1 '05

Tiada ulasan: