Ahad, 16 Oktober 2005

Kehidupan

Hidup penuh cabaran

Menagih pengorbanan

Tanpa disangka


Hidup bak air jernih

Mengalir

Tanpa mengetahui hentinya


Hidup bak Sang Suria

Yang dilindungi awan-awan memutih

Cerah,

Mendung,

Hangat,

Dingin


Hidup penuh kesusahan,

Keresahan,

Kebahagiaan,

Persengketaan


Namun,

Jangan bimbang kawanku

Kerana setiap kejadian

Ada hikmah di sebaliknya


Nur Liyana Md Taib 4A1 '05

Tiada ulasan: