Jumaat, 21 Oktober 2005

Surat Kepada Kekanda Yang Baru Menimang Cahaya Mata II

Hani Bte Abdullah
Blok 82
Pasir Ris st 8
#07-128
Singapura 550082

11 Mei 2005

Menemui kekanda Hanim Bte Abdullah
Dengan selamatnya

Kanda,

Terima kasih kerana telah mengirimkan surat memberitahu kami sekeluarga mengenai kelahiran anak lelaki kanda. Adinda ingin mengucapkan tahniah kepada kanda. Adinda juga ingin meminta maaf kerana tidak dapat menziarahi kanda.

Adinda berharap kanda sihat setelah melahirkan anak. Di Singapura, kami sihat-sihat sahaja. Bagaimana dengan anak kanda? Adinda berharap dia juga sihat.

Kami sekeluarga tidak menyangka akan menerima berita baik ini secepat ini. Bonda dan ayahanda teringin hendak melihat cucu mereka.

Nampaknya setakat ini dahulu surat saya pada kali ini. Sehingga bertemu di lembaran akan datang. Sambutlah salam daripada saya. Terima kasih.

Yang benar,
Hani


Nadzirah Sariman 2E4 05

Tiada ulasan: