Jumaat, 21 Oktober 2005

Surat Kepada Kekanda Yang Baru Menimang Cahaya Mata

Hani Bte Abdulah
Blok 82 Pasir Ris St 8
#07-128
Singapura 550082

11 Mei 2005

Ke hadapan kekanda Hanim Bte Abdullah yang dihormati
Dengan selamatnya

Kekanda,

Assalamualaikum, kekanda. Bagaimana keadaan kekanda di Sarawak? Adinda berharap kekanda sekeluarga berada di dalam keadaan sihat sejahtera. Di dalam warkah ini, adinda ingin mengucapkan ribuan tahniah atas kelahiran cahaya mata kekanda.

Alhamdulillah, tentu sahaja ayahanda serta bonda amat gembira dapat menimang cucu lelaki yang mereka idam-idamkan selama ini. Ternyata terkabul sudah doa mereka untuk mendapat seorang cucu lelaki. Adinda pula bersyukur kepada Illahi kerana mendapat anak saudara baru. Adakah mukanya seiras dengan wajah kekanda ataupun seperti wajah ayahandanya? Walau apapun, adinda pasti bayi itu comel.

Sudahkah kekanda fikirkan nama yang hendak diberikan kepada bayi itu? Kalau belum, pilihlah nama yang indah maknanya dan khabarkanlah kepada kami di sini.

Sebelum adinda mengakhiri surat ini, sekali lagi adinda serta ayahanda dan bonda ingin mengucapkan selautan tahniah kepada kekanda. Kami di sini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk keluarga kekanda yang nun jauh di sana. Kirimkan juga salam kami kepada suami kekanda yang tersayang.

Yang benar,
Hani


Nurul Aisyah Bte Juferi 2E6 05

Tiada ulasan: