Selasa, 29 September 2009

Jalan Yang Benar

Fajar menyinari kelam malam di Shenton Way. Biarpun lama Khamis meninggalkan Singapura namun keindahan senja di Singapura tetap melegakan. Khamis tersenyum sambil menghirup angin semilir yang nyaman. Banyak yang telah berubah hinggakan semuanya baru-baru namun sikap manusia tetap sama , yang berubah cuma wajah yang dimamah usia.

Pintu rumah masih yang sama, pudar warnanya. Setelah sekian lama mengetuk, tiada siapa pun yang membuka. Seolah-olah tidak ada manusia di rumah ini. Pelik! Khamis pun pergi ke jiran sebelah.

“Erm,makcik tahu tak ke mana perginya pasangan suami isteri yang tinggal di sini? Pak Tam dan Mak Lah. Oh, mereka telah meninggal dunia kerana penyakit SARS. Tiga tahun yang lalu. Erm, mengapa? Encik ini siapa?” tanya makcik itu semula.

“ Ah, saya ini, anak mereka makcik,” kata Khamis dengan nada yang gundah.

“ Oh ! Engkau ini Khamis kan? Oh, baru sekarang ingat hendak pulang! Ke mana hilangnya engkau ? Mengapa kamu tidak sering menjenguk ibu dan bapa kamu? Anak apakah kamu !” marah makcik itu lalu menghentak pintu rumahnya dengan kuat.

Khamis pun menuju ke kedai kopi Seri Melati yang berdekatan. Dia meneguk secawan kopi o untuk mencari ketenangan dalam kekusutan hidup kota. Lama dia termenung. Tiba-tiba, kedengaran suara seorang ibu yang berpakaian tak senonoh memanggil anak kecil.
Di lengan ibu itu ada bintik-bintik merah. “Penagih dadah?”

Seolah-olah gadis itu dia kenal sejak dahulu. Baru dia teringat Misah nama kekasihnya yang ditinggalkannya sepuluh tahun yang lalu.

“ Awak ini Khamis bukan?” tanya gadis itu.

“ Ya aku Khamis. Tetapi awak ini siapa?”, tanya Khamis pura-pura.

Gadis itu tersenyum lalu berkata , “ ini akulah , Misah, kau tak kenal ke?”. He! He! He! Misah ketawa macam orang tak siuman.

“Maaf saya kurang pasti”. Khamis kelihatan bingung. Misah memberitahunya yang dia bekerja sebagai penyanyi dangdut di Kelab Malam Pahlawan. Sebagai seorang ibu tunggal, dia hanya mampu kais pagi makan pagi, kais malam makan malam. “ Siti, ini ayah kamu.” Seorang anak perempuan kecil yang berumur 10 tahun itu hanya membisu. Terperanjat! Baru jadi seorang anak yatim kini jadi bapak pula? Nak tipu saya, ke? “Aku langsung tidak percaya,” fikiran khamis berkecamuk.

Kegelapan malam merangkak tiba di Hotel Hayat, Geylang. Sambil berbaring di ranjang buruk itu, Khamis memerhatikan kad nama Misah yang tertera: Penari Dangdut Hebat Kelab Malam Pahlawan. Lampu neon Geylang menerangi muka Khamis yang bermisai lebat di dalam bilik hotelnya. Dia sekarang mahu Misah menghadap ke jalan yang benar. Segugus nafas lega dileraikan dari dadanya.

Muhammad Mustafar Bin Abdul Razak
5 B

Tiada ulasan: