Selasa, 29 September 2009

Suatu mimpi yang aneh.

Malam itu sungguh sepi sampai aku tidak dapat melelapkan mata. Biasanya aku boleh tidur dalam keadaan yang sunyi. Oleh kerana bosan aku mencapai sebuah buku seram lalu membaca kisah “Sumpah Bukit Puaka.”. Cerita itu membuat bulu romaku berdiri terutamanya bila terbaca Si Saadiah mengilai lalu bertukar wajah menjadi pontianak yang ngeri itu.

Tidak lama kemudian aku pun berbaring di atas katilku dan cuba sedaya-upaya untuk melelapkan mataku. Tiba –tiba, aku mendapati diriku di pusara yang amat menggerunkan. Pusara itu kelihatan sunyi dan lengang. Tiada orang pun di sana. Kedengaran bunyi burung hantu dan cengkerik memecah kesunyian malam itu.

Tiba-tiba, seorang perempuan yang berambut panjang mendekati aku lalu sambil senyum padaku. Mukanya seperti Siti Nurhaliza yang cantik itu membuat hatiku terlonjat-lonjat kerana aku tidak pernah melihat gadis yang sungguh cantik seperti bidadari. “Apa? Bidadari di pusara? Peliknya!” hatiku terpekik dalam kesunyian.

“ Adik seorang di sini ya! Siapa nama adik? Aku Badrul.” kataku dengan gembira. Perempuan itu diam sahaja dan menuding jarinya ke arah batu nisan yang lama itu. Angin yang bertiup dengan kencang itu tiba-tiba menerbangkan daun-daun kering di salah sebuah kubur. Sambil duduk di tepi batu nisan perempuan itu aku bertanya, “Kenapa kau berada di tempat yang sunyi lagi sepi ini?”

Kilat menerangi langit malam yang hitam itu dan aku nampak seorang nenek tua berjalan ke arah kami. Nenek yang tinggal gigi dua itu cuba memimpin tangan “ Siti” itu.
“ Cu, mari pulang,” kata nenek itu sambil memegang tangan gadis itu. Tiba-tiba asap putih menyelubungi tanah perkuburan itu. Si nenek dan perempuan cantik itu bertukar wajah menjadi amat hodoh lalu terbang ke atas pokok . Akupun menjerit tolong sambil berlari dengan cepatnya untuk melepaskan diri. Aku tersandung seketul batu lalu rebah ke bumi. Kepala aku pun berlumuran darah dan tidak lama kemudian, aku pun pengsan.

Aku terjaga dari tidur dan sedar bahawa semua ini hanya mimpi. Keesokan pagi aku berjalan di Jalan Kubor dan aku nampak seorang nenek tua bersama seorang gadis yang sama rupa itu menjual nasi lemak di sana. Sambil tersenyum, aku melangkah ke gerai itu. “ Nenek , nasi lemak dan teh tarik,” kataku dan dalam sanubariku aku mahu berkenalan dengan si gadis itu. “Mungkin lain kali sahaja,“ bisik hatiku. Sang Suria mulai merangkak ke langit untuk menerangi alam semesta yang kelam itu. Alam semakin riuh-rendah dengan manusia dan segala makhluk ternyata berbeza dengan kesepian malam di sebuah pusara. Badrul meneguk secawan teh sambil bernafas lega di pagi yang sempurna itu.

Murid-murid Menengah 4E/5NA

1 ulasan: