Selasa, 29 September 2009

Rencana sensasi yang mengeksploitasikan seks

16 Februari 2009

Sarah bte Salleh
Blok 388 Tampines Avenue 8
#02-08
Singapura 761388

Ketua Pengarang Berita Umum
20 Jalan Bunga Mawar
Singapura 467220

Tuan

Per: Rencana sensasi yang mengeksploitasikan seks

Saya, seorang pembaca akhbar Berita Umum ingin meluahkan perasaan tidak puas hati akan kandungan sebuah rencana yang sensasi dan mengeksploitasikan seks baru-baru ini. Sebagai seorang ibu kepada tiga orang anak yang semakin meningkat remaja, saya berpendapat bahawa berita-berita sebegini akan mempengaruhi remaja-remaja untuk berbuat sedemikian.

Kandungan akhbar yang memuatkan rencana tersebut tidak sesuai untuk tatapan sesetengah pembaca terutama golongan remaja yang mudah terpengaruh dengan kandungan rencana tersebut. Mereka akan menganggap bahawa seks boleh dilakukan dalam usia remaja. Pada pendapat saya, rencana-rencana yang mengeksploitasikan seks akan mudah dipercayai oleh remaja-remaja ini kerana pemikiran mereka mentah dan mereka mudah mempercayai kesemua isi rencana tersebut.

Saya ada beberapa saranan yang mungkin boleh digunakan oleh tuan supaya langkah-langkah dapat diambil untuk menghindarkan perkara tersebut berulang lagi.

Pihak Berita Umum mungkin dapat menapis kandungan-kandungan akhbar terlebih dahulu dengan lebih teliti sebelum ia dicetak untuk mengelakkan berita-berita atau rencana-rencana yang tidak sesuai untuk bacaan sesetengah pembaca.

Berita Umum juga mengkin dapat menyiarkan rencana-rencana yang lebih bermanfaat dan berguna. Ia juga harus disesuaikan untuk semua peringkat umur supaya mereka lebih senang untuk memahami kandungannya. Dengan menyiarkan berita atau rencana seperti ini, kita dapat menimba ilmu dan sekaligus meningkatkan ilmu pengetahuna kita tentang perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita.

Berita Umum masih boleh memuatkan rencana-rencana tersebut tetapi kandungannya harus disemak dahulu. Ini mungkin dapat dilakukan bagi setiap rencana atau berita yang mengandungi unsur-unsur seks atau berita-berita yang sensasi kerana isu-isu seperti ini sensitif dan tidak harus dieksploitasikan. Kita harus lebih peka apabila menyentuh isu-isu seperti ini.

Saya berharap tuan dapat mempertimbangkan saranan-saranan saya. Semoga Berita Umum akan menjadi sebuah akhbar yang bermutu dan dapat menghasilkan rencana dan berita yang lebih baik dan bermanfaat untuk tatapan orang ramai.

Terima kasih.

Yang benar

…………………..
Nur Fadilah (5C1)

Tiada ulasan: